Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: 8,733 ANGGOTA, PEGAWAI PDRM TERIMA DOS PANGGALAK VAKSIN COVID-19

Georgetown, 1 Disember 2021 – Seramai 8,733 atau 7.59 peratus anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 28 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, seramai 106,352 anggota dan pegawai masih menunggu giliran untuk menerima dos penggalak daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita memang menggalakkan semua anggota dan pegawai mengambil suntikan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak bagi melindungi diri mereka dan setakat ini, tiada yang menolak untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

“Kita juga sedang menunggu giliran daripada Kementerian Kesihatan untuk anggota dan pegawai yang masih belum menerima dos penggalak,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan zakat kepada asnaf, balu, anak yatim dan pesara polis di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS