Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: ISU KESELAMATAN TUNTUT KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Lumpur, 4 Disember 2021 - Pandemik COVID-19 meningkatkan ketidakstabilan dalam isu keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, ia sekali gus menuntut kerjasama strategik semua negara dalam mendepani cabaran keselamatan moden pada era pandemik.

Katanya, cabaran keselamatan yang semakin meningkat kini tidak memungkinkan sesebuah negara menanganinya secara bersendirian.

Justeru, beliau berkata, isu keselamatan negara menjadi antara keutamaan tumpuan ketika krisis COVID-19 yang meningkatkan ketidakstabilan global dari pelbagai aspek.

"Ketidakstabilan ini boleh menimbulkan banyak ancaman keselamatan yang kompleks seperti radikalisasi dan ekstremisme, serangan siber dan isu keselamatan sempadan.

"Selain itu, ancaman tradisional dan bukan tradisional lain sama ada dalaman mahupun luaran, terus muncul seperti pemerdagangan manusia, jenayah rentas sempadan dan terancang, penyeludupan barangan berbahaya serta cetak rompak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 yang disempurnakannya bersama Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS