Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: LEBIH 20,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM POSITIF COVID-19 SEJAK TAHUN LEPAS - TIMBALAN KPN

Marang, 5 Disember 2021 - Seramai 23,766 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga mereka telah dijangkiti COVID-19, sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lalu sehingga hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,794 orang merupakan pegawai kanan polis, 10,577 orang pegawai rendah polis, 1,137 orang pegawai awam, manakala 10,258 orang adalah ahli keluarga.

“Bagi jumlah kematian pula, sebanyak 39 kes kematian direkodkan dalam kalangan pegawai dan anggota polis. Ia terdiri daripada empat pegawai kanan dan 35 pegawai rendah. Pegawai awam yang meninggal dunia akibat COVID-19 pula adalah seramai tiga orang dan anggota keluarga polis pula seramai 118 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Toyota Hilux GS Cargo Kepada Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 6, di Wakaf Tapai di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2030309

Sumber: BERNAMA

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS