Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN 1,972 INDIVIDU BABIT KEGIATAN MAKSIAT SEJAK JANUARI TAHUN INI

Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Seramai 1,972 individu ditahan termasuk warga tempatan dan asing kerana terbabit dalam kegiatan maksiat antara Januari hingga Oktober lalu.

Ia hasil usaha polis menggiatkan pemantauan dan serbuan lebih kerap selepas aktiviti pelacuran kembali rancak beroperasi selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP fasa 4).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, aktiviti maksiat terbuka dikesan kembali ke jalanan selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan di bawah PKP fasa 4 yang bertujuan memberikan peluang aktiviti ekonomi berjalan semula.

"Bagi mengatasi isu pelacuran yang kembali aktif, Bahagian D7 sentiasa memantau aktiviti ini melalui pelbagai kaedah bagi mengekang penularannya.

Pada zaman kini, sindiket atau pelacur dikesan menggunkan medium iklan melalui media sosial untuk mengiklankan perkhidmatan,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS