Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: PENGAMAL PERUBATAN SABAH DIINGATKAN TIDAK TERLIBAT PENGELUARAN SIJIL VAKSINASI PALSU - TIMBALAN KPN

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata hal ini kerana terdapat laporan bahawa pengamal perubatan di beberapa negeri lain memalsukan sijil vaksinasi sebelum dijual kepada orang ramai yang enggan mendapatkan vaksin.
 
"Setakat ini di Sabah, tiada (pengamal perubatan) terlibat, tetapi (laporan pemalsuan) ada di Melaka, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis istiadat tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Komandan Kor SUKSIS UMS, ACP K/S Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul.

Terdahulu Dato’ Razarudin menyampaikan sijil pelantikan SUKSIS kepada 52 pelajar UMS dan beliau berharap melalui modul yang telah dipelajari sepanjang mengikut latihan itu akan mampu melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar berkenaan.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS