Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

KPN HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT DI SURAU UTAMA ISTANA NEGARA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di Surau Utama Istana Negara, petang tadi.

Majlis tersebut diadakan bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-64 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya.

Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Tan Sri Razarudin bersama jemaah lain menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum menyertai bacaan yasin yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan doa selamat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah.

Hadir sama, paduka-paduka anakanda Seri Paduka Baginda berdua, kerabat-kerabat Diraja Pahang, bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, barisan Menteri Kabinet, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Yahaya Othman.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 9 people and dais

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 10 people and dais

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS