Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PGA Kesan Aktiviti Pemburuan Haram

Padang Besar - Misteri bunyi bising tembakan di pintu sempadan Malaysia-Thailand, di sini terjawab selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan aktiviti pemburuan haram di kawasan berkenaan, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, dua pemburu warga asing itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan senjata api jenis sniper lengkap teropong skup serta beberapa peralatan lain bagi tujuan memburu secara haram di negara ini.

"Selepas pemeriksaan dilakukan di kawasan yang diduduki suspek, kami menemui selaras senapang jenis raifal Cz 452-2E ZKM buatan Republik Czech serta satu teropong skup.

"Selain itu, kami turut menemui satu kelopak dan dua butir peluru hidup jenis .22 serta dua beg galas hijau mengandungi buaian tidur berceloreng," kata Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron di sini kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.


Sumber : Keratan Akhbar Harian metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS