Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Tiga Ditahan, Tangkap Ikan Guna Bahan Letupan

Semporna, 4 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies dalam dua operasi berasingan di Laut Labuan Haji di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, tiga lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditahan dalam Op Cantas Khas Laut yang dijalankan kira-kira 5 petang semalam.

"Dalam operasi pertama, pihak kami turut merampas sebuah bot, dua buah enjin, sebuah tong, seunit 'compressor', sepasang 'fins' dan seunit 'face mask' manakala dalam operasi kedua di lokasi yang sama, PPM Semporna merampas 20 kg ikan pelbagai spesies bersama sebuah bot, sebuah enjin dan sebuah tong yang digunakan untuk menyimpan ikan," katanya lagi.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM4,350. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.





Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS