Seorang
kakitangan kerajaan mengalami kerugian RM59.900 apabila ditipu satu
sindiket antarabangsa yang turut didalangi rakyat tempatan. Mangsa
berumur 35 tahun yang juga seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan
berpejabat di sini, membuat laporan polis selepas menyedari diperdaya
wanita yang dikatakan berwajah cantik melalui satu akaun di Facebook
sejak awal bulan lalu.
Polis berjaya menahan tiga lelaki iaitu dua rakyat tempatan
berusia 32 dan 28 tahun di rumah masing masing di Taman Seri Setia,
Johor Bahru, Johor, dan seorang pelajar kolej berbangsa Nigeria berusia
20-an di sekitar Damansara, Selangor. Polis percaya mereka sebahagian
daripada sindiket penipuan dan masih memburu saki baki kumpulan
terbabit.
Sehubungan
itu, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dari Nigeria yang
dikenali sebagai Chizaoba Gods Power lwuagwu untuk siasatan. Orang ramai
yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi
Pegawai Penyiasat Cawangan jenayah Ko-mersial, Ibu Pejabat Polis Daerah
Hilir Pcrak, Inspektor Gopal Palanisamy di talian 016-6379408 atau
menghubungi Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6222222 atau balai
polis berhampiran. 
Sumber: Harian Metro.
|