Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

10 Suspek Pecah Rumah Ditahan, Lebih 20 Kes Selesai

Kota Kinabau, 21 Mac - Polis percaya dapat meneyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah di kawasan Menggatal, Kolombong dan Luyang dekat sini dengan tertangkapnya 10 lelaki termasuk tiga warga asing dalam Ops Pintu, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Jauteh Dikun berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini dalam operasi empat hari itu yang berakhir semalam.

Tiga suspek warga asing itu disyaki terbabit dalam 10 kes pecah rumah di Kampung Lokub, Menggatal, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Susulan penangkapan itu, katanya, polis menemui hasil rompakan seperti jam tangan, rantai leher, telefon bimbit dan mata wang asing dengan nilai keseluruhan RM150,000.

Selain itu, Jauteh berkata turut merampas sebuah kereta curi, beberapa bilah pedang samurai dan topeng.

Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS