Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

13 PTI Ditahan Polis Marin Johor

Kukup, 10 April - 13 warga asing ditahan dalam serbuan Pasukan Polis Marin Hutan Paya Bakau, Api Api, Pontian Johor Bharu awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan 13 Pendatang Tanpa Izin (PTI) termasuk dua wanita berumur antara 19 tahun hingga 51 tahun yang menggunakan hutan paya bakau sebagai jalan untuk pulang ke negara asal tanpa melalui pihak imigresen dan kastam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan menetap lebih masa daripada tempoh yang ditetapkan," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk siasatan lanjut.


Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS