Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

14 Penjaga Premis, 74 Kaki Judi Ditahan Melaka Tengah

Seramai 14 penjaga premis dan 74 kaki judi ditahan polis dalam Ops Dadu terhadap sembilan premis perjudian Internet sekitar Semabok dan Tengkera di sini, semalam.

Dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman bersama Polis Melaka selama 13 jam berakhir 7 pagi semalam itu, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Tin Heng, yang mengetuai operasi itu, berkata pihaknya merampas 232 set komputer dan wang tunai RM5,226.

"Semua premis dipercayai menjalankan operasi sejak empat bulan lalu kerana kebiasaannya mereka berpindah mengikut kesesuaian lokasi. Pemeriksaan juga mendapati semua premis terbabit tidak berlesen," katanya.

Tin Heng berkata, operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan perjudian Internet di Melaka.

Sumber: Berita Harian



Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS