Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

26 Warga Asing Ditahan PPM

Kota Tinggi, 4 Mac - Seramai 26 orang warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam tugas OP Landai di kawasan Hutan Pantai Kandang Rusa, Sungai Rengit pukul 3.00 pagi tadi.

ACP Zainul Abidin bin Hasan, Komander PPM Wilayah 2 berkata,pasukannya telah menahan 26 orang suspek yang sedang berkumpul dan bersembunyi di kawasan pantai dekat sini dipercayai menunggu bot pancung untuk keluar dari negara ini.

"Setelah diperiksa, kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan cuba keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan", katanya lagi.

Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit serta kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002).



Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS