Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

30 Motosikal Disita Dalam Op Lejang Di Tawau

Tawau, 28 April - Sebanyak 30 motosikal disita dalam Op Lejang di sekitar Batu Payung di sini semalam.  Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata 30 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 30 anggota itu merupakan operasi bagi mencegah kesalahan lalu lintas, pencegahan jenayah serta mengesan motosikal curi yang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya satu dalam kenyataan.

Beliau berkata pemilik motosikal tersebut boleh menuntut kenderaan mereka di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
 
Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS