Kuala
Lumpur - Sebanyak 30 termasuk empat wanita warga Afrika ditahan bagi
disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kes penipuan cinta internet
menerusi Ops Tiong di Sri Cendikia Kondominium dan Coolge Cyber Cafe
Taman Connaught, Cheras di sini semalam. Semua
yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun dengan lapan tidak memiliki
apa-apa dokumen manakala bakinya memasuki negara ini menggunakan pas
pelajar. Mereka
ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung 239 laporan polis yang
membabitkan kerugian RM10 juta kebanyakannya dibuat oleh wanita yang
mendakwa tertipu dengan cinta palsu warga asing sehingga April tahun
ini. Bersama
tangkapan itu, polis merampas enam buah komputer riba yang dipercayai
digunakan oleh warga asing itu untuk melakukan godaan cinta palsu atau
jenayah penipuan lain. Kesemua
yang ditahan direman seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen
420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan
hukuman penjara maksimun 10 tahun, sebatan atau denda. Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |