| Kota
Kinabalu, 23 April - Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu
atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau
Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi. Ketua
Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata daripada jumlah
itu, 20 didapati positif dadah termasuk tiga suspek lelaki berusia 30an
yang dikehendaki polis kerana disyaki pengedar dadah di sekitar Pulau
Gaya dan dua suspek jenayah samun serta curi. "Individu
yang selebihnya dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki
dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas
operasi dokumentasi terhadap lebih 400 penduduk di Pulau Pondu, di sini
hari ini. Jauteh
berkata polis juga mengenal pasti struktur rumah yang akan dirobohkan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah meletakkan 66 notis
selama tujuh hari terhadap rumah terlibat. Operasi
khas fasa pertama selama lima jam itu melibatkan pelbagai agensi
termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sumber : BERNAMA |