| Melaka,
13 Feb - Sebanyak 39 penagih dadah teramsuk seorang wanita ditahan
dalam Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Ujong Padang di
sini semalam. Ketua
Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata seorang
daripada penagih dadah berusia 36 tahun itu dipercayai turut mengedar
dadah dan memiliki heroin seberat 68 gram dianggarkan bernilai RM3,000
ketika ditahan. Beliau
berkata lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan. Sementara tahanan lain yang berusia antara 23 dan 53 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, katanya. "Pengedar
ini antara individu yang amat dikehendaki kerana terlibat dalam urusan
jual beli dadah di beberapa kawasan di sini hasil risikan dan intipan
selama seminggu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau
berkata ladang terbabit dipercayai menjadi transit jual beli dadah bagi
penagih di kawasan Tanjung Minyak sejak bulan lepas. Katanya polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Alor Gajah pada 16 Jan lepas. Sumber : BERNAMA |