Seramai
47 wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan
manusia berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan
di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini, awal pagi semalam. Dalam
serbuan jam 1 pagi itu, semua wanita yang dipercayai bekerja sebagai
pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan Unit Anti Pemerdagangan Orang
(ATIP) Bukit Aman, dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Pusat
hiburan itu dipercayai aktif sejak duat tahun lalu dan pernah diserbu
sebelum ini, namun tidak serik serta melakukan kesalahan sama. Polis
turut menemui dua bilik rahsia tersembunyi di sebalik cermin di dalam
tandas bilik karaoke VIP. 
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian |