| Tawau,
18 Feb - Lima puluh tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan
dalam operasi bersepadu di sebuah rumah kongsi di Batu 10 Jalan Apas di
sini, awal pagi tadi. Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi
kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 37 lelaki dan 20 wanita berumur
antara sembilan bulan dan 52 tahun ditahan. "Operasi
yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan berikutan terdapat
laporan mengatakan ada sekumpulan Pati yang menetap di situ dipercayai
sering terlibat dengan kes kecurian di sekitar kawasan tersebut,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau
berkata kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen keterangan
diri serta memiliki dokumen yang meragukan dan telah dibawa ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut, katanya. Dalam
masa yang sama, Awang Besar turut menasihati orang ramai agar sentiasa
menjaga harta benda masing-masing dan mengelak daripada menjadi mangsa
kecurian yang kerap berlaku di daerah ini.
Sumber : BERNAMA |