Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

9,000 Liter Minyak Diesel Subsidi

Kuantan, 5 Feb – Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 merampas 9,000 liter minyak diesel subsidi dan menahan dua lelaki selepas pemeriksaan ke atas sebuah lori di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Ubi malam tadi.

Komander PPM Wilayah 3 ACP Azmi bin Ibrahim berkata kedua-dua lelaki itu masing-masing pemandu dan kelindan lori ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel subsidi dalam kuantiti yang banyak ke dalam tangki yang diubah suai pada lori tersebut.

Suspek bersama barang rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM88,000 diserahkan kepada KPDNKK Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


Sumber : Pasukan Polis Marin Kuantan Pahang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS