| Bukit
Aman, 7 Feb – Tiga lelaki dipercayai ahli sindiket VCD/ DVD cetak
rompak telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di
Shah Alam Selangor, semalam.
Tangkapan dilakukan ketika semua suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan VCD/DVD cetak rompak ke sebuah kenderaan.
Dalam
sidang media JSJK di Bukit Perdana hari ini, SAC Dato' Abdul Jalil bin
Hassan, Timbalan Pengarah JSJK (Risikan/Operasi) berkata, pihak polis
turut merampas 28,000 keping VCD/DVD cetak rompak yang dianggarkan
bernilai RM224,000.
Kesemua
suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk
disiasat di bawah Sekyen 18(4) Akta Penapisan Filem 2002 di mana jika
disabitkan salah boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih
daripada RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya.
Sementara
itu, dalam kes yang berasingan, JSJK Bukit Aman turut berjaya memberkas
15 individu dipercayai terlibat dalam kes penipuan terhadap seorang
wanita warganegara Singapura Januari lalu.
"Kesemua
suspek terdiri daripada lima lelaki warganegara Nigeria, tiga lelaki
dan tujuh wanita warga tempatan telah ditahan bersama barang-barang
dipercayai digunakan dalam sindiket tersebut, antaranya telefon bimbit,
passport dan komputer riba,"
"Kelima-lima
warga Nigeria terbabit berperanan sebagai pencari mangsa dan pengendali
'chatting' melalui facebook manakala salah seorang suspek yang
merupakan wanita tempatan menjadi pemilik akaun dan juga berperanan
sebagai ejen kurier servis," tambahnya lagi.
Kesemua
suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta
boleh didenda, jika sabit kesalahan.     Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM |