| Manjung,
7 Feb - Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan daripada minyak
diesel bersubsidi tidak tercapai apabila telah ditahan oleh Pasukan
Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di kawasan Pelabuhan Lumut dekat sini
petang semalam.
Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh, DSP Shaari bin Arifin berkata
semasa menjalankan Op Landai, pasukannya telah menahan sebuah kenderaan
pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan pelabuhan berkenaan.
"Setelah
diperiksa pasukan kami menjumpai dua tong yang mengandungi 430 liter
minyak diesel di bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.
"Kami
percaya minyak tersebut merupakan minyak subsidi nelayan yang
diseleweng dengan cara menjualkanya kepada orang lain demi mengaut
keuntungan," ujarnya lagi.
"Kami
telah menahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki
warga tempatan dan turut merampas kenderaan itu," tegas beliau.
Nilai kesemua rampasan termasuk kenderaan pacuan empat roda dianggarkan kira-kira RM 81,581.
Kes
akan disiasat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Manjung di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan
Bekalan 1961.  Sumber : Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Perak |