Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Cubaan Seludup Masuk Barangan Kosmetik Dipatahkan

Pelabuhan Klang, 21 Feb - Pasukan Polis Marin sekali lagi berjaya menyekat kemasukan barangan kosmetik tidak berdaftar ke negara ini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku, pada jam 10.30 pagi, semasa anggota polis sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan sebuah bot barter trade di perairan laut Bagan Hailam dalam perjalanan memasuki pelabuhan Port Klang.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut telah menemui sebanyak 1,290 barangan kosmetik pelbagai jenama dipercayai tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan cuba diseludup masuk ke negara ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Ismail berkata ia merupakan rampasan kali ke empat dilakukan oleh pihaknya yang melibatkan jenis bot barter bernama KM Camar dalam tempoh enam bulan.

"Kita percaya ia melibatkan kumpulan yang sama dan pihak kami akan sentiasa memantau bot tersebut yang keluar masuk ke negara ini,"katanya lagi.

Bot tersebut telah dibawa masuk ke jeti Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah serta Kosmetik 1984 iaitu melanggar peraturan 18 (A).


Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS