Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Cubaan Seludup Sangkar Burung Tumpas


TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM)Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki untuk seludup masuk sangkar burung dan aksesorinya dari Thailand di Kampung Simpangan, kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Inspektor Mohd Hamdan Mustafa berkata pihaknya merampas 110 buah pelbagai jenis sangkar burung dalam sebuah lori malah turut menahan pemilik lori.

Nilai keseluruhan termasuk lori yang dirampas dianggarkan berjumlah RM 25,000 dan suspek ditahan di bawaj Akta Kastam kerana melarikan barangan daripada membayar cukai.


Sumber : Pasukan Polis Marin Kelantan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS