Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

DADAH: PISTOL ANTARA YANG DIRAMPAS

Kuala Lumpur, 1 Mac – Sepucuk pistol model P99 Walther antara yang dirampas dalam satu serbuan sindiket dadah di sebuah rumah di Batu Caves , Selangor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Gombak pada 18 Mac lalu.

Pihak polis juga turut menahan empat lelaki serta merampas satu kelopak bersama dua butir peluru dan dadah disyaki syabu seberat 107 gram yang dijumpai di atas lantai rumah tersebut.

Semakan juga mendapati dua daripada empat suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM16,050.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS