| Kuala
Lumpur, 4 April – Seorang warga asing yang baru tiba di negara ini
telah ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) setelah pihak
polis menjumpai 2.4 kilogram syabu dalam beg yang dibawanya pada 27 Mac
yang lalu. Tindakan
menahan suspek dilakukan setelah pihak polis mendapati suspek berada
dalam keadaan yang mencurigakan seterusnya dibawa ke Balai Polis LCCT
untuk diperiksa. Hasil
pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai satu bungkusan plastik yang
mengandungi 2.4 kilogram syabu yang disembunyikan dalam lapisan beg
milik suspek yang diubahsuai. Nilai
rampasan dianggarkan berjumlah RM360,000 dan suspek yang berusia 35
tahun itu kini ditahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber : BERNAMA |