Seorang pekerja kilang berusia 59
Lahun yang mempunyai cucu ditahan kerana memiliki dadah bernilai
RM127,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sakeh Jaya di sini,
Selasa lalu.
Serbuan
dilakukan pukul 11.30 malam berjaya merampas dadah jenis ketamin
seberat 509 gram yang dijumpai dalam botol serta paket plastik dan masih
belum dibungkus dalam paket kecil.
Suspek mengaku terbabit dengan kegiatan itu sejak enam bulan lalu yang menjadi pekerjaan sampingannya
untuk menambah pendapatan keluarga dan memberitahu bahan larangan
tersebut boleh menampung keperluan kepada 2,500 penagih di sekitar Muar
dan kawasan sekitar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 
Sumber: Kosmo
|