Pengerang,
8 Mac - Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di ESSZONE Sabah, dua buah
bot ronda milik Pasukan Polis Marin (PPM) digunakan dan telah berlepas
dari Jeti Tg Pengelih, Johor merentasi Laut China Selatan menuju ke
destinasinya pada jam 12.40 awal pagi tadi. Majlis
'sending off' telah diadakan dan dihadiri oleh Komander (PPM) Wilayah
Dua, ACP Zainul Abidin bin Hasan, Timbalan (PPM) (Operasi/Risik), ACP
Paul Khiu Khon Chiang bersama Pegawai Kanan dan anggota dari PPM Wilayah
Dua serta ahli keluarga mereka yang terlibat. Bot
ronda PA53 dari Markas Wilayah 1 Batu Uban dan bot ronda PA54 dari
Markas Taktikal Pengerang Wilayah 2 bersama 21 orang anggota PPM
termasuk dua pegawai akan menjalankan tugas operasi di ESSZONE Sabah
untuk mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan perairan berkenaan
daripada pencerobohan anasir-anasir subversif.  Sumber : Pasukan Polis Marin Johor |