Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Dua Pengedar Dadah Ditahan

Polis berjaya menyekat kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dengan tertangkapnya dua lelaki dipercayai menunggu pelanggan di Jalan Pinang Nirai, Balik Pulau, baru-baru ini.

Dalam kejadian 12.35 tengah hari kelinarin, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 17 dan 30 lahun bersama dua jenis dadah yang siap dibungkus bagi tujuan pengedaran di kawasan berkenaan.

Suspek ditemui bersama 80 bungkus dadah jenis heroin dan enam bungkus syabu masing-masing dengan berat 87 gram dan 38 gram. Rampasan dadah bernilai kira-kira RM2,700 dan kami juga merampas kereta milik mereka bagi tujuan membantu siasatan.

Hasil ujian air kencing kedua-dua suspek negatif dan mereka disiasat mengikut Akta 36B Akta Dadah Berbahaya.



Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS