| Kuantan,
5 Feb - Polis menahan dua penuntut kolej swasta yang dipercayai
pengedar dadah dalam sekatan jalan di Sungai Ruan, Raub, Ahad lepas.
Ketua
Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata pemeriksaan
ke atas kereta dinaiki dua suspek itu, polis menemui satu bekas berisi
daun kering dan satu plastik mengandungi ketulan mampat dipercayai ganja
seberat 20.6 gram.
"Ujian
saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah
jenis ganja bagaimanapun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod
jenayah lampau," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kedua-dua
suspek berusia 20-an itu merupakan penuntut tahun akhir di dua buah
kolej swasta di Raub dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan
tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang tiga
sebatan tetapi tidak melebihi sembilan sebatan, jika sabit kesalahan,
katanya.
Katanya, orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dengan menghubungi hotline IPD Raub di 09-3554999. Sumber : BERNAMA |