| Empat
remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti
pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan
Puchong Mesra 1, baru-baru ini. Dalam
serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu
ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam
bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang
yang mengunjungi pusat berkenaan. Keempat
empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan
manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti
tidak bermoral di negara ini. Pihak
polis juga menahan 89 GRO membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China
dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16
sehingga 30 tahun. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut
Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
 Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro |