| Pelabuhan
Klang, 8 Mac - Menangkap ikan di kawasan kurang dari 5 nautika
menggunakan bot tunda kelas B adalah menjadi kesalahan di mana telah
melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 sepertimana
diperuntukkan. Ia
ekoran daripada tertangkapnya enam orang nelayan yang menangkap ikan di
perairan laut Tanjung Karang kurang dari 5 batu nautika menggunakan
tiga bot petang semalam. Pegawai
Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang,
DSP Norzaid Muhammad berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis ikan
yang dianggarkan bernilai RM500. "Kawasan
tersebut merupakan tempat penangkapan ikan oleh bot-bot nelayan
tradisional menggunakan jaring yang terdiri daripada sampan-sampan kecil
dan kami memandang serius kes pencerobohan kawasan seperti ini kerana
boleh menimbulkan pergaduhan di antara nelayan pukat tunda dengan
nelayan pantai," katanya lagi. Kesemua suspek dan bot diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. Sumber : Pasukan Polis Marin Klang |