| Seorang
remaja perempuan yang berumur 17 tahun antara ditahan pihak polis dalam
serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat
(D7) Bukit Amandi sebuah pusat hiburan malam kelmarin. Remaja
perempuan yang berasal dari Negeri Sembilan itu sanggup meninggalkan
keluarganya untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) kerana tarikan gaji
lumayan yang ditawarkan oleh majikan di pusat hiburan tersebut. Seramai
12 wanita berusia 17 hingga 35 tahun ditahan dikenal pasti sebagai
rakyat tempatan manakala 14 lagi adalah wanita warga asing membabitkan
warga Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina. Siasatan
awal pihak polis mendapati pemilik pusat hiburan tersebut menggaji
pekerja warga asing sebagai GRO dan tidak menolak kemungkinan semua
wanita yang ditahan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan
bayaran antara RM400 hingga RM600.  Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro |