| Satu
geng menjual komponen motosikal curi di sebuah kedai motosikal di Jalan
Hashim di sini sejak setahun lalu tumpas apabila empat lelaki termasuk
tauke kedai itu ditangkap polis baru-baru ini. Ketua
Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, keempat-empat
lelaki berusia antara 19 hingga 45 Lahun itu ditahan di rumah dan
bengkel dalam beberapa siri serbuan bermula 15 Januari lalu. "Hasil
serbuan, kita merampas antaranya sebuah motosikal Honda C70 yang
menggunakan komponen curi, empat buah rangka motosikal yang dileraikan
dan enam blok motosikal. "Turut
ditemui tiga penutup tengah enjin, dua buah kepala motosikal, satu set
alat ganti Yamaha Ego, satu blok motosikal Kawasaki KR150 dan dua sport
rim motosikal Yamaha," katanya di sini semalam. Ujarnya,
modus operandi mereka ialah mencuri motosikal di sekitar daerah ini dan
melerai komponen itu sebelum menjualnya di kedai terbabit untuk dijual
kepada pelanggan yang datang membaiki motosikal. Jelasnya,
bagi mengelak kegiatan itu dikesan, rangka motosikal terbabit disvaki
dibuang ke parit-parit sekitar daerah ini selepas komponennya diambil. Katanya,
kejayaan tersebut berpunca daripada siasatan terhadap satu kes kecurian
motosikal di Taman Indah, Sungai Abong dekat Bakri di sini yang hilang
pada pukul 10 malam, 19 Januari tahun lalu. Berikutan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan lima kes berkaitan curi motosikal di daerah ini.  Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |