| Pulau
Pinang, 10 Mac - Pasukan polis berjaya menahan 2 lelaki melayu
dipercayai cuba curi kenderaan tetapi tidak berjaya dan melarikan diri
dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback.
Hasil
pemeriksaan polis menjumpai sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact Cal 9
Luger buatan Czech Republic, 12 butir peluru, 1 kelopak pistol, 1 sarung
pistol dan pelbagai peralatan disyaki untuk mencuri kereta. Suspek
dipercayai datang ke Seberang Jaya dari Pendang Kedah untuk mencuri
kenderaan di Seberang Perai Tengah,selepas membeli pistol tersebut di
Padang Besar Thailand. Dalam
kes yang berasingan, seorang pekerja yang baru menghabiskan kerja
menjumpai sepucuk pistol tanpa Magazine dan peluru di dalam kawasan
berlukar tepi jalan.Pengadu telah menyerahkan pistol tersebut di Balai
Polis Bandar Baru setelah selesai kerja. Pihak polis mengesahkan ianaya
tulen dan adalah pistol betul jenis STAR.SA.CAL 7.65 MM 32. Sidang
media tersebut dikendalikan oleh Dato' A.Thaiveegan Timbalan Ketua
Polis Pulau Pinang dan SAC Mazlan Bin Kesah Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Pulau Pinang.     Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang |