| Kuala
Lumpur, 12 Feb - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis kerana
dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah. Dia
ditahan oleh sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan
Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Sungai Jelok, Kajang
baru-baru ini. Polis turut merampas beberapa peralatan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Sumber : Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor |