| Johor
Bahru – Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki
dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu. Dalam
serbuan kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Bandar Baru Uda,
polis menemui pelbagai jenis dadah dan alat menghisap syabu termasuk
wang tunai disyaki hasil jualan dadah sebanyak RM 1,222. Wanita
terbabit yang tiada pekerjaan turut memiliki tiga rekod lampau
berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi suspek
berstatus bujang berumur 35 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu
stor kilang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah. Semua dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM2,500 itu dipercayai boleh menampung bekalan 100 penagih. Kes
disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana
memiliki heroin, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.  Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian |