Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Kantoi Simpan Dadah Dalam Tiang Katil

Tiga suspek termasuk seorang janda ditahan membantu siasatan pihak polis berhubung penemuan dadah yang disorokkan dalam tiang besi katil dua tingkat di Simpang Tiga Merkang, Kelantan kelmarin.

Serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayan Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh telah menahan suspek yang berumur antara 21 hingga 37 tahun itu di sebuah rumah tidak bernombor ketika mereka sedang tidur.

Siasatan awal mendapati dadah yang disorokkan diperoleh dari Kuantan, Pahang dan dijual sekitar daerah tersebut secara runcit.

Ke semua suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS