| Kuala
Lumpur, 22 Feb - Kempen '1Aman-Go to Safety Points' membabitkan stesen
minyak Petron menerima maklum balas memuaskan sejak kempen dilaksanakan
tahun lepas. Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata setakat ini terdapat
enam kes membabitkan mangsa mendapatkan bantuan dan perlindungan di
stesen minyak berkenaan. Empat
kes membabitkan mangsa jenayah ragut dan dua lagi kes kecemasan
perubatan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu bagi
peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. "Malah
sejak dilaksanakan, boleh dikatakan jenayah samun di stesen minyak
Petron hampir tiada memandangkan kehadiran anggota polis yang kerap,"
katanya. Sebanyak 30 stesen minyak Petron sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam kempen itu, katanya. Kempen
'1Aman-Go to Safety Points' merupakan gelombang kedua Bidang
Keberhasilan Utama Negara bagi mengurangkan jenayah yang menyaksikan
kerajaan melibatkan pihak swasta dalam mencegah jenayah.
Sumber : BERNAMA |