| Johor
Bahru - Lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan
sindiket curi kenderaan sekitar bandar raya ini dicekup polis dalam
serbuan Ops Cantas Khas di beberapa lokasi pada hari Isnin dan Selasa
lalu. Kesemua
suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 44 tahun itu ditahan antara
pukul 1 petang pada hari Isnin hingga pukul 4 petang pada hari Selasa. Polis telah membuat serbuan di Taman Tampoi Utama, Kampung Pasir, Taman Perling, Taman Bukit Kempas dan Kolam Air. Hasilnya, sembilan individu ditahan dan enam buah kenderaan yang masih dilaporkan hilang dirampas. Turut
dirampas sebuah monitor, beberapa gugus kunci kenderaan, sekeping kad
pengenalan milik orang lain dan dua buah kereta yang dipercayai
digunakan suspek semasa mencuri kenderaan. Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan. Kes itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.  Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |