Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Lapan Kaki Judi Dicekup Di George Town

George Town, 9 Feb - Polis menahan lapan kaki judi di sebuah premis di Lorong Madras, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam serbuan pukul 1.45 pagi itu kesemua lelaki berusia antara 26 dan 69 tahun terbabit didapati sedang leka bermain judi jenis yoke menggunakan papan mahjong.

"Polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM667 dan 24 blok papan mahjong serta beberapa cip pelbagai warna," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman maksimum enam bulan penjara dan denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
 
Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS