Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Lebih 3,000 Peluru Kosong Raifal Ditemui

Johor Baharu, 20 Mac - Polis Daerah Seri Alam menemui 3,900 butir peluru kosong di sebuah kedai menjual barangan lusuh di Ulu Tiram Selasa lalu.

Dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia antara 15 dan 39 tahun turut ditahan di premis itu dalam Ops Cantas.

"Kita akan menyiasat dari mana mereka memperoleh peluru itu dan untuk apa ia akan digunakan," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada sidang media di sini hari ini.

Peluru jenis SME 5.56mm itu adalah untuk kegunaan raifal dan di negara ini ia biasa digunakan untuk senjata M16.

Beliau berkata walaupun peluru itu adalah peluru kosong, tetapi jika diubah dengan diisikan dengan bebola besi, ia boleh mendatangkan kecederaan atau kematian.

Polis juga menemui kabel telekomunikasi berkelajuan tinggi jenis PRS 0.5mm sepanjang 25 meter yang dipercayai dicuri.

Mokhtar berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki peluru tanpa lesen.

Mereka yang ditahan itu turut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 kerana tidak memiliki lesen perniagaan barangan lusuh manakala warga asing itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. 



Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS