| Hulu
Terengganu, 2 Mac - Seorang lelaki yang menceroboh Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) di sini semalam, dapat diberkas selepas lori yang dicurinya
terbabas dan terbalik ketika menuju Jalan Batu 24 di sini. Lelaki
berusia 28 tahun itu melarikan sebuah lori tiga tan di tepi Jalan Besar
Kuala Berang selepas meloloskan diri dari IPD itu setelah gagal mencuri
kenderaan polis pada kira-kira 4 petang. Ketua
Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata ekoran
kemalangan itu, suspek tersepit di tempat duduk pemandu dan dapat
dikeluarkan oleh pihak bomba.
"Dia kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah. Lelaki
itu kini ditahan di lokap IPD untuk membantu siasatan kes itu di bawah
Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, katanya ketika
dihubungi hari ini. Sumber : BERNAMA |