Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Lelaki Ditahan Bersama 1,080 Botol Minuman Keras

Labuan, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan seorang lelaki serta merampas 1,080 botol minuman keras dalam 'Op Landai' yang diadakan di Jalan Pekan Menumbok, di sini malam tadi.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan polis ke atas sebuah lori menemukan 1,080 botol minuman keras jenis Heineken tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM5,400. Turut dirampas sebuah lori bernilai RM70,000.

Suspek termasuk barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Menumbok untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 167.


Sumber : Pasukan Polis Marin Labuan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS