Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Lelaki Ditahan Bersama 20KG Ganja Di Cherok Tok Kun

George Town, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan bersama 20 kilogram ganja bernilai RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Supt Guan Beng Kang berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pembeli di tepi jalan itu pada 7 petang.

"Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu sedang berdiri di tepi sebuah kereta, dan sebaik anggota polis perkenalkan diri, dia cuba melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil hasil pemeriksaan, polis menemui 20 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dalam kereta berkenaan.

Siasatan awal mendapati lelaki itu adalah anggota sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Guan berkata lelaki itu aktif dalam kegiatan itu sejak lima bulan lepas.

Dia ditahan reman mula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS