Tawau, 28 Feb – Seorang lelaki yang
dipercayai memiliki sebuah perahu serta enjin curi ditahan oleh anggota
Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau ketika sedang menjalankan Op Cantas Khas
di kawasan Laut Tinagat pagi semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata semasa menjalankan Op
Cantas PPM Tawau telah menahan sebuah perahu berwarna putih/merah dalam
keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan
lanjut mendapati juragan tersebut gagal menunjukkan dokumen pengenalan
diri yang sah dan sebarang dokumen berkaitan enjin sangkut jenis Yamaha
15 HP,” katanya lagi.
Kesemua barang rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM5,000.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut. 
Sumbur: IPK Sabah
|