Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Lelaki Nekad Terjun Laut Elak Dicekup PPM


Semporna, 5 Feb – Seorang lelaki nekad terjun ke laut bagi mengelakkan diri daripada dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Semporna semasa menjalankan Op Cantas Laut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji, malam tadi.

Menurut ACP Mohamad bin Madun, Komander PPM Wilayah ketika serbuan pihaknya telah menemui tiga botol baja urea, tiga unit detonator (peledak) yang telah siap dipasang sumbu dan 50 unit detonator yang disembunyikan dalam air di bawah rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan peralatan yang dijumpai dibawa pulang ke Markas Operasi PPM serta disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS