Sebuah rumah teres dua tingkat
dijadikan makmal memproses dadah diserbu sepasukan polis dari Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan berjaya merampas pelbagai
jenis dadah bernilai setengah juta malam kelmarin.
Ketua
Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata serbuan dilakukan hasil
maklumat yang diterima daripada orang awam yang melihat gelagat penghuni
rumah tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan.
Dalam
serbuan yang dijalankan, pihak polis menemui 13 kilogram (kg) dadah
jenis heroin, 7.5 kg serbuk disyaki dadah, 100 kg serbuk kafein, 20
botol asid dan pelbagai peralatan memproses dadah.
Kesemua suspek ditahan dan
disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahay 1952 dan jika
disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati
mandatori. 
Sumber: Harian Metro |