Mersing,
26 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menjadi pengiring
peserta Ekspedisi Berkayak buat kali keempat berturut-turut melibatkan
11 pegawai dan anggota. Ekspedisi
berkayak bermula dari Tanjung Leman yang akan melalui Pulau Sibu,Tinggi
dan akan kembali ke Tanjung Leman sejauh lebih kurang 30 batu nautika
menggunakan 6 single dan 7 double kayak dengan menyertaan seramai 20
orang peserta pada tahun ini. Komander
PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata di antara maklamat ekspedisi
ini ialah memberi keyakinan kepada para belia terbabit membina jati diri
dan berkeyakinan terhadap kemampuan mendhadapi cabaran, menjalinkan
kerjasama berpasukan dalam mencapai sesuatu matlamat dan mendedahkan
para peserta mengenai kepentingan pemuliharaan Taman Laut Perairan
Mersing. Selain
ekspedisi berkayak pada siang hari, para peserta turut menjalankan
aktiviti kepimpinan dan para peserta juga dapat berkongsi pengalaman
mengenai tugas pegawai PPM dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan
keselamatan dalam negara perairan dari sebarang perlakuan ancaman
jenayah maritim, tambah Paul Khiu. Ekspedisi
yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari Ahad ini merupakan
anjuran Great Kayak Expeditors Club (CKEC) dengan kerjasama Asian
Outdorr Education Institute (AOEI) Kuala Lumpur.  Sumber : Pasukan Polis Marin Johor |