| Tawau,
11 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas peralatan
bahan letupan yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram dalam Op
Landai di kawasan Sabindo pagi semalam. Komander
PPM Wilayah 4 ACP Mohamad bin Madun berkata seorang lelaki warga
tempatan berusia 63 tahun bersama isteri yang merupakan warga asing
tidak memiliki pengenalan diri berada dalam keadaan mencurigakan semasa
rondaan dijalankan oleh anggota yang bertugas. "Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 100 unit Special Ordinary Detonators dan fius serta dua gulung wayar yang berjumlah RM12,400 dijumpai bersama pasangan tersebut," katanya lagi. Suspek
telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tawau bersama barang rampasan untuk
tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,
katanya. Mohamad
memberi amaran kepada mana-mana pihak dan individu yang menjalankan
kegiatan menyeludup Detonators dan fius yang dipercayai digunakan untuk
membuat bom ikan agar memberhentikan kegiatan mereka. PPM
Wilayah 4 Sabah akan terus memantau dan melaksanakan operasi yang
berterusan bagi membanteras aktiviti tersebut, tambah Mohamad.  Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau |